Saturday, April 12, 2008

Perundingan dan Kolaborasi dalam Pendidikan Khas

PERUNDINGAN

Definisi

Perundingan merupakan satu unsur yang diiktiraf dalam program bimbingan. Perundingan merupakan suatu perkhidmatan tidak langsung dan diasaskan pada hubungan manusia yang dibentuk oleh konsultan atau pakar runding dengan klien. Perundingan seperti kaunseling biasanya dikaitkan dengan aspek memberi nasihat. Berdasarkan Kamus Dewan (1994) perundingan bermaksud pembicaraan atau permesyuaratan untuk mendapatkan nasihat kepakaran atau perbincangan di antara dua atau banyak pihak untuk menyelesaikan masalah.
Menurut Brown et.al (1979) perundingan biasanya ialah proses yang diasaskan pada suatu hubungan sama rata yang mempunyai ciri saling mempercayai dan komunikasi terbuka, pendekatan bersama ke arah mengenal pasti masalah, pengumpulan sumber-sumber peribadi untuk mengenal pasti serta memilih strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti dan tanggungjawab bersama dalam pelaksanaan dan penilaian program atau strategi yang telah dimulakan. Keat dalam Amla H.M. Salleh dan Puteh Mohamed (1992) menghuraikan perundingan dalam latar sekolah sebagai satu proses yang di dalamnya konsultan dan orang yang diberi perundingan bekerjasama untuk membentuk cara membantu pelajar.
Dalam satu tinjauan tentang perundingan, Kurpius dan Robinson dalam Amir Awang (1989) menyatakan pada peringkat awal seorang perunding itu mestilah seorang yang mahir dalam membina perhubungan serta Berjaya mendapatkan kepercayaan dan keyakinan si dirunding. Kemahiran kaunseling yang asas seperti mendengar memberi perhatian, merefleksi dengan tepat dan meneroka secara objektif membantudalam membina perhubungan yang terbuka di antara perunding dengan si dirunding. Kebanyakan definisi perundingan juga mengandungi rujukan kepada perkataan klien, iaitu orang yang diberi perundingan dan konsultan. Klien ialah orang, pertubuhan atau system yang mempunyai masalah sementara orang yang diberi perundingan ialah orang yang cuba menyelesaikan masalah itu dan konsultan ialah orang yang membantu orang yang diberi perundingan untuk menyelesaikan masalah klien.
Secara tradisinya dalam seting sekolah, perunding atau konsultn dianggap sebagai profesional luaran yang dibawa masuk ke dalam sistem sekolah untuk membantu anggota kaki tangan untuk merancang serta menjalankan campur tangan membantu bagi pelajar yang bermasalah khusus melalui proses perundingan. Menurut Shertzer dan Stone (1991) perundingan adalah salah satu daripada enam komponen bimbingan dan kaunseling di sekolah. Komponen perundingan dianggap sebagai perkhidmatan yang boleh dijalankan oleh seorang kaunselor sekolah untuk membantu pelajar dalam usaha-usaha kaunselor yang berbentuk pencegahan, perkembangan dan promosional. Kepakaran perunding diminta dalam kes tentang masalah perancangan dan kaedah pelaksanaan yang dapat digunakan oleh guru serta orang lain untuk menggalakkan perkembangan seorang pelajar.

Keadaan Perundingan Kaunselor

Tugas utama kaunselor yang bertindak sebagai konsultan adalah untuk mengenal pasti keadaan yang paling menyulitkan dalam sesuatu pertubuhan. Perunding biasanya harus membantu memupuk hasrat inginkan perubahan supaya penyelesaian itu tidak dirasakan seperti dipaksa. Perundingan diberi banyak penekanan dalam pendekatan bimbingan perkembangan disebabkan keseluruhan suasana pembelajaran di sekolah menjadi penumpuan utama. Perundingan dengan individi lain membantu meningkatkan lagi suasana pembelajaran dalam bilik darjah dan sekolah. Untuk mengenal pasti keadaan yang menyulitkan dan membentuk kesanggupan berunding akan melibatkan sumber maklumat yang disediakan oleh beberapa orang yang bekerjasama. Beberapa keadaan perundingan ialah :-


a) Dengan Guru Bilik Darjah
Kaunselor boleh menggunakan perundingan untuk membantu guru bilik darjah.untuk memahami tingkah laku murid tertentu yang bermasalah, lalu merancang da melaksanakan strategi bilik darjah untuk memperbaiki tingkah laku tersebut dan melicinkan perkembangan murid.

b) Dengan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Perundingan pendidikan khas dalam setting sekolah bermula seawal tahun 1980an dengan adanya pergerakan reformasi sekolah yang telah menekankan keperluan perundingan di antara pendidikan khas dan pendidikan biasa. Undang-undang Awam 94-142, Akta Pendidikan Untuk Semua Kanak-kanak Cacat, mensyaratkan bahawa semua kanak-kanak yang dikategorikan berkeperluan khas diletakkan dalam system pendidikan aliran utama atau perdana iaitu sepenuh yang boleh (least restrictive environment) dan mendapat hak pendidikan yang sama (zero reject).
Ianya melibatkan kaedah penstrukturan sekolah, pengubahsuaian kurikulum untuk pelajar
berkeperluan khas dan juga proses pengambilan pelajar berkeperluan khas dari peringkat pra sekolah ke sekolah rendah. Undang-undang ini juga memberi hak kepada ibu bapa untuk meminta diagnosis sepenuhnya dilakukan terhadap anak mereka dan ibu bapa juga berhak untuk merayu terhadap penilaian sekolah (due process). Kegiatan perundingan yang dijalankan oleh kaunselor berbentuk diagnosis dan pembentukan program untuk meningkatkan tahap potensi individu. Contohnya dalam konteks menyelesaikan masalah pertuturan minor pelajar, patologis pertuturan hendaklah menggalakkan pihak sekolah mengambil inisiatif yang positif diketuai oleh Guru Besar sendiri dan dilaksanakan oleh ahli patologi pertuturan dan guru pendidikan khas dengan sokongan dari semua pihak seperti ibu bapa, keluarga, pakar kesihatan mental, pakar perubatan, staf sokongan, pekerja sosial dan masyarakat. Ianya bukan sahaja melibatkan fizikal, emosi, sosial dan aspek-aspek berorientasikan kehidupan.
Pendidikan khas dalam sistem inklusif telah menjadi pemangkin kepada perundingan dan kolaborasi di sekolah. Pada awalnya, perundingan di sekolah adalah berasal dari bidang kesihatan mental dan perkhidmatan perubatan. Setelah itu, perundingan telah berkembang kepada penggunaan dalam bidang terapi pertuturan dan bahasa serta perkhidmatan kepada pelajar bermasalah penglihatan dan pendengaran. Dalam konteks pendidikan khas, perundingan adalah difokuskan kepada memberi perkhidmatan kepada pelaajr berkeperluan khas dengan kaedah yang perlu dilakukan oleh patologis pertuturan tersebut iaitu seperti di bawah :-
a. Secara tidak langsung oleh perunding (ahli patologi) melalui guru kelas.
b. Secara langsung oleh guru kelas atau guru resos.
c. Berbagai kombinasi perkhidmatan secara langsung atau tidak.

c) Dengan Ibu Bapa
Keadaan yang membolehkan perundingan dijalankan dengan ibu bapa adalah untuk
merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka, membantu ibu bapa memahami
makna interaksi dan dialog mereka dengan anak-anak mereka serta membantu mendapatkan
kemahiran berkomunikasi dengan berkesan (Dinkmeyer dan Carlson, 1973). Contohnya
mengatur kursus atau seminar keibubapaan yang ditawarkan di sekolah mereka.


KOLABORASI

Definisi

Kolaborasi adalah perkembangan dan pengekalan yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam menyelesai masalah dan perkongsian dalam membuat keputusan melalui proses perundingan. Kolaborasi adalah usahasama di antara beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu projek. Usaha ini diperlukan kerana sumbangan dan peranan mereka yang berbeza-beza. Pihak-pihak yang terlibat dalam setting kolaborasi pendidikan di sekolah termasuk :-
a) Kaki tangan sekolah seperti guru besar, guru pendidikan khas, guru resos, guru kelas, pentadbir dan staf sokongan sekolah.
b) Pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator, polis, bomba dan lain-lain.
c) Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga.
d) Persatuan-persatuan dalam komuniti.
e) Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan lain-lain.
f) Organisasi bukan kerajaan (NGO).

Hubungan Kolaborasi Dalam Pendidikan Khas

Antara sebab mengapa perlunya ada kolaborasi dan kerjasama di antara pelbagai disiplin dalam setting pendidikan khas di sekolah adalah :-
a) Menjalankan diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahapnya.
b) Setiap jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendalian yang berbeza.
c) Membuat keputusan secara berpasukan tentang penempatan jenis persekolahan.
d) Setiap individu memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan yang berbeza.
e) Pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk dikendalikan.
f) Setiap kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar. Oleh itu mereka perlu dirujuk kepada beberapa pakar.
g) Pendidikan khas memerlukan sumber kewangan yang besar. Gabungan tenaga dan peralatan dari pelbagai pihak dapat mengurangkan beban ini.
h) Masalah tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas biasanya dapat diselesaikan dengan lebih efektif jika terdapat usahasama antara pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu bapa.

Sunday, February 17, 2008

blog 10 - mengurus kanak-kanak susah belajar

http://pts.com.my/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=767

Kanak-kanak yang susah untuk belajar perlu diurus. Bagaimana? Justeru, untuk memberikan informasi , blog ini memuatkan artikel lengkap bagaimana mengurus kanak-kanak tersebut.

blog 9 - special education law

http://specialeducationlawblog.blogspot.com/2007/10/special-education-law-101-part-iii.html

Blog yang memuatkan tentang SpEd Law. Perincian yang boleh menambahkan informasi tentang pendidikan khas. Layari laman web ini.

blog 8 - kolaborasi dalam pendidikan khas

http://www.ericdigests.org/1998-1/general.htm

Pengisian blog ini tentang collaborasi di antara guru aliran perdana dengan guru pendidikan khas. Blog ini juga memuatkan tentang 'cooperative teaching' dan bagaimana pelaksanaannya.

blog 7 - kanak-kanak dyslexia

http://pts.com.my/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=6

Blog ini mengemukakan informasi tentang kanak-kanak dyslexia yang tidak dapat membaca kerana mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Apakah ciri-ciri dyslexia? Kunjungi laman web ini.